PKG Hulu Klang
Mesyuarat Jawatankuasa GPM Bil 1/2017
Zon Hulu Klang
Hari ini saya menghadiri mesyuarat pertama GPM zon Hulu Klang di PKG HK. Pada mulanya tercari-cari juga di mana letaknya PKG ini. Rupa-rupanya di SK Klang Gate. Saya berpeluang bertemu rakan-rakan GPM yang lain sambil berkongsi cerita dan pengalaman. Ada juga GPM yang baru dilantik seperti saya. Pelbagai agenda yang dibincangkan termasuklah NILAM, Jawatankuasa 2017, Program PKG dan sebagainya. Agak banyak ya...huhu.. terima dan redhalah sahaja.. Alhamdulillah...
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohd Ehwan bin Sarwan, ketua pegawai PKG HK dan dirasmikan oleh Pn Salwati, wakil Naib Pengerusi JKPA Zon HK. Pelantikan Jawatankuasa GPM 2017 menonjolkan Pn Durasni dari SMKLK sebagai pengerusi yang baru.
Antara perkara penting yang dibincangkan :
- Buku Pengoperasian PKG yang baru akan diemelkan dalam bentuk softcopy ke sekolah oleh En Ehwan. Buku tersebut mesti disimpan di PSS dalam bentuk cetakan buku atau softcopy.
- Carta organisasi PKG yang terdapat dalam buku tersebut perlu dicetak dan disimpan dalam fail meja. Isikan nama dan jawatan.
- Pemantauan pada tahun ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali.
- GPM perlu mengisi maklumat di Buku Instrumen Khidmat Bantu , muka surat 6,7,8,9,10 dan dihantar ke PKG selewat-lewatnya pada 14 April 2017. Buku tersebut boleh diperoleh daripada guru ICT sekolah.
- Program MBMMBI mesti dijalankan oleh pihak sekolah di bawah pemantauan GPM. Jawatankuasa kerja perlu dilantik dan mesyuarat serta taklimat pelaksanaan perlu dilaksanakan dan direkodkan dalam bentuk laporan. Sudut MBMMBI perlu diwujudkan. CD yang dibekalkan oleh BTP perlu digunakan.
- SMK Taman Melawati diamanahkan menjadi tuan rumah bagi kluster Teknologi Pendidikan-PAK 21.
- Data NILAM suku pertama mesti dihantar sebelum 10 April ke PKG HK. Data NILAM boleh diambil daripada data yang lama. Kemasukan data juga masih menggunakan sistem yang sedia ada.
- Buku Rekod NILAM yang baru oleh BTP masih dalam proses, GPM boleh menggunakan buku yang lama.
- Pertandingan NILAM Peringkat Zon. Sekolah perlu menyediakan 2 wakil peserta untuk BM dan BI. Tarikh belum ditetapkan. SKTM 2 akan menjadi tuan rumah.
- Kem Membaca 1 Malaysia ( KM1M ) mesti dilaksanakan di sekolah oleh GPM pada 4-6 April 2017 dengan tema ' Menjana Pemikiran 1Malaysia'. Laporan perlu dihantar ke PKG.
- Antara program PKG ialah Lawatan ke Darul Hikmah, Perpustakaan UIAM, Lawatan ke PSS Cemerlang Selangor- SK Seri Kundang dan Anugerah Tekno-Pan.
- GPM baru perlu mengisi borang permohonan dan disertakan dengan surat peletakan jawatan GPM lama. Borang ini akan diemel oleh En Ehwan.
- Borang maklumat diri perlu diisi oleh GPM. Borang ini juga akan diemel oleh PKG.
- Penilaian Kendiri PSS Cemerlang perlu diisi dan dihantar ke PKG dalam bentuk softcopy.
- Emel/ Gmail GPM. ID : gpm.kodsekolah@btpnsel.edu.my. Password : huluklang2016.
Mesyuarat tamat pada jam 5.00 petang. Saya pulang dalam keadaan kepala yang sangat tepu. Semoga Allah membantu saya dalam melaksanakan kerja-kerja dunia ini dan menjadikannya sebagai amal ibadah buat bekalan di alam yang kekal abadi. Amin.







